lensamassa

Merakam Segenap Babak Dalam Masyarakat Dan Kehidupan

Kelas Pekerja

leave a comment »

Assalamualaikum.

Pagi Ahad sungguh bahagia bagi ramai orang kerana ia merupakan hari cuti. Bagi sesetengah pekerjaan atau orang yang berniaga, hari ini di lalui seperti biasa dan mungkin mendatangkan rezeki yang lebih kerana ramai orang akan keluar bersiar-siar ke pusat membeli belah dan macam-macam tempat lagi. Cuma berbeza dengan saya, hanya menghabiskan masa di rumah, jika ada yang mempelawa untuk keluar, baru saya akan keluar.

Kisah foto kali ini ialah mengenai golongan pekerja terutama yang di luar bandar. Dalam negara yang sedang memacu kemodenan, golongan pekerja sebenarnya adalah penyumbang utama dalam mencapai kemajuan. Namun, golongan ini tidak dipandang peduli oleh pihak tertentu dan tidak mendapat hak yang sepatutnya seperti gaji minimum.

Itu mungkin fokus kepada pekerja dalam sektor perkilangan dan sebagainya. Bagaimana pula dengan sektor pertanian yang berada di luar bandar? Nasi mereka bergantung kepada faktor cuaca dan dasar kerajaan dalam meletakkan harga komoditi seperti getah dan sawit. Jika harga tinggi, mereka akan lebih senang dan jika harga rendah, mereka akan sedikit susah. bagi yang menoreh getah, musim hujan akan mengurangkan produktiviti kerja mereka kerana mereka tidak dapat untuk menoreh getah.

Seperti dalam gambar, pernahkah kita menghargai insan ini? Saya sebenarnya berasal dari keluarga yang berlatar belakang seperti ini dan mungkin lebih susah. Alhamdulillah, kini sudah agak stabil apabila saya sudah meningkat dewasa dan sudah bekerja.

Perhatikan jalan yang dilalui oleh subjek di dalam gambar, jalannya sempit dan merbahaya bagi penunggang motosikal. Patutkah kita mempunyai jalan yang sebegini sedangkan kerajaan mengutip sejumlah cukai jalan dari pengguna-pengguna jalan raya setiap tahun.

Walaubagaimanapun, inilah realiti hidup dalam negara Malaysia. Kita perlu memilih untuk berubah atau kekal begini hingga ke akhirnya. Pilihan di tangan kita. Tiada pihak yang mampu menghalang jika kita mahu berubah.

Foto ini saya rakam ketika dalam perjalanan pulang ke Bangi dari kampung saya di Bera, Pahang. Sempat saya merakam babak ini walaupun sedang memandu.

 Sekian. 🙂

Advertisements

Written by lensamassa

June 26, 2011 at 3:15 am

Posted in Fotojurnalisme

Tagged with , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: