lensamassa

Merakam Segenap Babak Dalam Masyarakat Dan Kehidupan

Wacana Sinar Harian: Apa Selepas 9 Julai?

leave a comment »

Assalamualaikum.

Tarikh 9 Julai 2011 telah menyaksikan Kota Kuala Lumpur dibanjiri oleh rakyat Malaysia dari seluruh pelusuk negara terutama dari golongan anak muda. Mereka mahu berhimpun secara aman dalam menyokong tuntutan BERSIH 2.0 yang mahukan sistem pilihanraya yang telus. Namun tarikh ini telah pun berlalu namun 8 tuntutan BERSIH 2.0 tetap tidak akan berakhir di situ.

26 Julai 2011, Sinar Harian telah menganjurkan siri wacana yang bertajuk “Apa Selepas 9 Julai?” yang melibatkan orang penting BERSIH 2.0 iaitu Datuk Ambiga Sreenevasan. Kemudian SPR dengan wakilnya Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar dan  Pengarah Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia Professor Dato’ Dr Shamsul Amri Baharuddin.

Saya ucapakan tahniah kepada pihak Sinar Harian dan Karangkraf kerana berjaya menganjurkan program wacana seperti ini yang pada saya adalah sebuah permulaan kepada suatu sistem demokrasi yang baik kepada negara. Saya tidak mahu mengulas panjang mengenai siri wacana ini. Kesimpulannya, pihak SPR tidak menjawab dengan jawapan yang kukuh dan teguh dan membuatkan audien tidak puas hati dan bunyi “boo” sentiasa kedengaran.

Saya pula tambah kecewa kerana tidak dibenarkan merakam gambar kerana hanya pihak media yang dibenarkan oleh pihak penganjur sahaja yang boleh merakam video dan gambar di dalam dewan. Jadi, gambar yang dapat saya rakam hanya ketika audien keluar dewan.

Sekian. 🙂

Advertisements

Written by lensamassa

July 26, 2011 at 4:39 pm

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: