lensamassa

Merakam Segenap Babak Dalam Masyarakat Dan Kehidupan

10 Minit Di Tasik Putrajaya

leave a comment »

Tasik Putrajaya, bukanlah tempat atau lokasi yang asing buat aku. Sudah beberapa kali aku ke sini bersama rakan dan juga isteri tercinta. Sebelum bernikah, adakala aku mengunjungi tasik ini seorang diri. Minggu lepas, kejadian itu berulang lagi. Aku mengunjungi tasik ini seorang diri kerana isteri aku bekerja.

Kebetulan ketika itu aku sememangnya mempunyai urusan yang hendak diselesaikan di Putrajaya. Kesempatan untuk merakam gambar di tasik ini tidak aku lepaskan begitu sahaja. Selesai sahaja urusan, aku terus ke tasik. Setibanya di sana sekitar jam 3.45 petang.

Nada dering telefon bimbit aku berbunyi tanda ada mesej masuk.

“Abg, jemput pukul 4.30.” ¬†Mesej dari isteri aku.

Aku balas dengan memberitahunya bahawa aku akan menjemputnya seperti waktu yang diminta.

Aku perlu bertolak dari tasik Putrajaya jam 4.00 petang supaya aku boleh sampai di tempat kerja isteri aku sekitar jam 4.30 petang.

“Sekarang sudah jam 3.50 petang, aku mesti cepat,” bisik hatiku.

10 minit yang ada aku gunakan sebaik mungkin dan inilah hasilnya. Tepat jam 4.00 petang, aku terus memandu kereta untuk menjemput isteri tersayang.

Enam Naga Far-Away Tiga Naga

 

Bak kata Aziz Satar dalam filem P. Ramlee ‘Ali Baba dan 40 Penyamun’,

“Siapa tak sayang bini oiii.”

Advertisements

Written by lensamassa

February 11, 2013 at 5:00 pm

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: