lensamassa

Merakam Segenap Babak Dalam Masyarakat Dan Kehidupan

Ronda-ronda Di Pekan Sehari Temerloh

leave a comment »

Setiap pagi hari Ahad, serata pelusuk masyarakat yang tinggal di sekitar daerah Temerloh, Pahang akan ke bandar Temerloh untuk membeli-belah, mencuci mata dan pelbagai lagi di Pekan Sehari Temerloh. Tidak pasti umur pekan sehari ini tetapi pastinya sudah beberapa kurun ia telah wujud. Mungkin juga telah seabad umurnya.

Pelbagai barang boleh didapati di sini dari hasil di sungai hinggalah ke hasil di darat. Sayur-sayuran tradisional atau lebih sinonim dengan gelaran “sayur kampung” tentulah menjadi barang yang popular untuk di cari di sini. Selain itu, pekan sehari ini juga merupakan lokasi yang utama untuk mencari hasil sungai yang terdiri dari pelbagai jenis ikan air tawar.

Baru ini aku bersama keluarga pergi ke pekan sehari ini. Ini bukanlah kali pertama aku ke sini. Jika dikira sejak aku kecil, sudah tentu tiada angka yang tepat dapat aku berikan. Namun terus terang aku katakan, pekan sehari ini boleh sahaja aku katakan ia paling terbaik di Pahang. Jika ada lagi yang lebih terbaik, mana-mana warga Pahang boleh betulkan pendapat aku ini.

Beberapa keping gambar sempat aku rakam dalam kesibukan meneman isteri mencari barang untuk di bawa pulang ke Kajang. Kami berdua sememangnya asal dari sini dan selera pun sama. Jadi, banyak barang yang akan dibeli jika berkunjung ke pekan sehari ini.

Jika punya peluang dan ruang, silalah berkunjung ke Pekan Sehari Temerloh. Anda semua tidak akan mengatakan ia satu kerugian jika berkunjung ke sini.

Pekan-Sehari-TemerlohSeawal pagi lagi masyarakat di sekitar Temerloh akan keluar ke pekan sehari untuk membeli pelbagai jenis barang terutama sayur tradisional dan juga hasil sungai serta kuih-muih.

Penjual-DagingSeorang penjual daging segar kelihatan sedang memotong daging sebelum ditimbang dan dijual. Harga daging di sini adalah berpatutan dan dijamin kesegarannya.

Rambai Kelihatan seorang mak cik dengan longgokan buah rambai bersama dengan hasil pertanian tradisional yang lain. Buah rambai adalah sejenis buah yang bermusim dan sukar ditemui masa kini. Kulit buah rambai yang dikeringkan juga sedap dimasak lemak.

Sayur-MelayuJering dan kerdas adalah ulaman tradisional Melayu yang agak terkenal di daerah Temerloh.

Apam-BalikKelihatan seorang penjual apam balik sedang mengisi produk jualannya itu ke dalam plastik sebelum diserahkan kepada pembeli.

Kuih-NeramKelihatan seorang penjual kuih neram sedang mengisi produk jualannya itu ke dalam plastik sebelum diserahkan kepada pembeli. Kuih neram merupakan sejenis kuih tradisional Melayu yang agak terkenal di Malaysia.

Sekian.

Advertisements

Written by lensamassa

February 25, 2013 at 4:34 pm

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: