lensamassa

Merakam Segenap Babak Dalam Masyarakat Dan Kehidupan

Archive for the ‘Fotojurnalisme’ Category

Mandi sebelum berkhatan

leave a comment »


Upacara Berkhatan

 

Memandikan kanak-kanak yang akan dikhatankan oleh anggota bomba dengan menggunakan hos bagai sudah menjadi satu budaya di Malaysia ini. Suatu masa dahulu budaya itu adalah membawa kanak-kanak mandi di sungai atau perigi. Tidak dinafikan kanak-kanak memang teruja dan seronok dengan upacara ini.

Lokasi: Masjid Al-Hidayah, Kampung Perepat, Kuala Rompin, Pahang.

Advertisements

Written by lensamassa

November 28, 2013 at 2:12 pm

Burungan bertenggek

leave a comment »


Pokok mati dan burungan copy

 

Tiada pohon buat berteduh, pohon mati dijadikan tempat bertenggek. Biar dimamah mentari, mendung datang terbang siap mencari pelindung diri. Yang setia kuyup bersama, esok masih sama.

Written by lensamassa

October 30, 2013 at 4:50 pm

Royal Pahang Billfish International Challenge 2013

leave a comment »


Lokasi: Perairan Pantai Bernas, Rompin.

Tarikh: 13 – 15 September 2013

Image

Image

Image

Image

Image

Image

Image

 

Image

Written by lensamassa

September 17, 2013 at 12:25 pm

Burung Tiung Mandi Pagi

leave a comment »


Burung Tiung Mandi Pagi

Ketika hujan lebat di suatu pagi. Aku berlegar di hadapan rumah merasakan kenyamanan hujan pagi. Sedikit-sedikit percik air mengena pada tubuhku menjadikan aku rasa sejuk. Aku sudah mandi tetapi tetap merasakan kesejukkan hujan pagi. Bagaimana burung tiung itu? Kuyup dibasahi air hujan yang sejuk. Tentu dia bersyukur dengan nikmat itu.

Written by lensamassa

February 26, 2013 at 4:18 pm

Perkakas Menjahit

leave a comment »


Perkakas Menjahit

Written by lensamassa

February 26, 2013 at 4:11 pm

Ronda-ronda Di Pekan Sehari Temerloh

leave a comment »


Setiap pagi hari Ahad, serata pelusuk masyarakat yang tinggal di sekitar daerah Temerloh, Pahang akan ke bandar Temerloh untuk membeli-belah, mencuci mata dan pelbagai lagi di Pekan Sehari Temerloh. Tidak pasti umur pekan sehari ini tetapi pastinya sudah beberapa kurun ia telah wujud. Mungkin juga telah seabad umurnya.

Pelbagai barang boleh didapati di sini dari hasil di sungai hinggalah ke hasil di darat. Sayur-sayuran tradisional atau lebih sinonim dengan gelaran “sayur kampung” tentulah menjadi barang yang popular untuk di cari di sini. Selain itu, pekan sehari ini juga merupakan lokasi yang utama untuk mencari hasil sungai yang terdiri dari pelbagai jenis ikan air tawar.

Baru ini aku bersama keluarga pergi ke pekan sehari ini. Ini bukanlah kali pertama aku ke sini. Jika dikira sejak aku kecil, sudah tentu tiada angka yang tepat dapat aku berikan. Namun terus terang aku katakan, pekan sehari ini boleh sahaja aku katakan ia paling terbaik di Pahang. Jika ada lagi yang lebih terbaik, mana-mana warga Pahang boleh betulkan pendapat aku ini.

Beberapa keping gambar sempat aku rakam dalam kesibukan meneman isteri mencari barang untuk di bawa pulang ke Kajang. Kami berdua sememangnya asal dari sini dan selera pun sama. Jadi, banyak barang yang akan dibeli jika berkunjung ke pekan sehari ini.

Jika punya peluang dan ruang, silalah berkunjung ke Pekan Sehari Temerloh. Anda semua tidak akan mengatakan ia satu kerugian jika berkunjung ke sini.

Pekan-Sehari-TemerlohSeawal pagi lagi masyarakat di sekitar Temerloh akan keluar ke pekan sehari untuk membeli pelbagai jenis barang terutama sayur tradisional dan juga hasil sungai serta kuih-muih.

Penjual-DagingSeorang penjual daging segar kelihatan sedang memotong daging sebelum ditimbang dan dijual. Harga daging di sini adalah berpatutan dan dijamin kesegarannya.

Rambai Kelihatan seorang mak cik dengan longgokan buah rambai bersama dengan hasil pertanian tradisional yang lain. Buah rambai adalah sejenis buah yang bermusim dan sukar ditemui masa kini. Kulit buah rambai yang dikeringkan juga sedap dimasak lemak.

Sayur-MelayuJering dan kerdas adalah ulaman tradisional Melayu yang agak terkenal di daerah Temerloh.

Apam-BalikKelihatan seorang penjual apam balik sedang mengisi produk jualannya itu ke dalam plastik sebelum diserahkan kepada pembeli.

Kuih-NeramKelihatan seorang penjual kuih neram sedang mengisi produk jualannya itu ke dalam plastik sebelum diserahkan kepada pembeli. Kuih neram merupakan sejenis kuih tradisional Melayu yang agak terkenal di Malaysia.

Sekian.

Written by lensamassa

February 25, 2013 at 4:34 pm

Ronda-ronda Di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur

leave a comment »


Semalam aku bersama keluarga menyusur Jalan Tuanku Abdul Rahman. Jalan ini juga dikenali sebagai “Jalan TAR” oleh hampir semua rakyat Malaysia. Nama jalan ini diambil sempena nama YDPA Malaysia yang pertama iaitu Tuanku Abdul Rahman. Jika hendak mengenali rupa paras YDPA pertama ini, silalah tengok wang kertas Malaysia.

Lokasi ini sangat sinonim sebagai lokasi membeli-belah terutama bagi golongan wanita. Pelbagai jenis tudung, kain dan banyak lagi yang boleh didapati di sini dengan harga yang berpatutan.

Untuk pengetahuan semua, kesesakan di jalan ini adalah diduga. Semalam aku mengambil masa hampir sejam untuk mendapatkan parkir dan kemudian bersesak pula semasa membeli-belah. Namun keluargaku tetap gembira. Maklumlah, sebahagian besar mereka adalah dari golongan Hawa. Memang sah lokasi ini bagaikan syurga bagi mereka.

Sambil berjalan sempat juga aku merakam beberapa keping gambar yang menyaksikan ragam rakyat Malaysia yang berjuang mencari rezeki di Jalan TAR. Aku salute atas usaha mereka berjuang untuk hidup di kota raya Kuala Lumpur.

Peniaga-PakistanSeorang peniaga kain berbangsa Pakistan di Jalan TAR menunjukkan kain jenis cotton yang dijual di kedainya.

Batman-N-RobinSeorang pelancong asing dilihat sedang berjalan di sekitar Jalan TAR. Tujuannya pasti untuk melihat keadaan di sini dan juga membeli-belah.

Penjual-Jagung-Di-Jalan-TARJagung rebus adalah makanan yang tidak asing dan boleh didapati di banyak lokasi di Malaysia. Di Jalan TAR juga ramai peniaga yang menjual jagung rebus dengan kadar harga yang berpatutan.

Peniaga-Kuih-Di-Jalan-TARSelain terkenal dengan pelbagai jenis tudung dan kain, peniaga di Jalan TAR juga menyajikan pelbagai jenis kuih kepada pengunjung dengan kadar harga yang berpatutan.

Rezeki-Di-Jalan-TAR Seorang pemuda dilihat sedang menolak trolley yang diletak beberapa bungkus besar yang berisi ketulan air batu untuk dihantar kepada peniaga-peniaga yang menjual air di Jalan TAR.

Jual-Kotak-Untuk-MakanSelain jumlah peniaga yang ramai, terdapat juga individu yang kurang bernasib baik yang mencari rezeki hanya dengan mengumpul kotak di sekitar Jalan TAR.

Written by lensamassa

February 17, 2013 at 11:17 am