lensamassa

Merakam Segenap Babak Dalam Masyarakat Dan Kehidupan

Apakah Nama Bunga Ini?

leave a comment »


Bunga-1

Bunga-2

 

Kepada sesiapa yang tahu nama bunga ini, mohon kongsikan di sini.

Kedua-dua gambar dirakam menggunakan kamera DSLR Canon EOS 650D + lens 50mm.

Lokasi gambar: Kelab Tasik Putrajaya, Putrajaya, Malaysia.

Written by lensamassa

March 3, 2013 at 11:13 am

Sungai Tekala (Tekala River)

leave a comment »


Sungai Tekala merupakan salah sebuah hutan lipur yang terletak di Semenyih, Kajang, Selangor. Ini kali pertama kali aku ke sini.

Tempatnya agak menarik dan tenang. Hanya bunyi air menghempas sahaja yang kedengaran. Aku ke sana di awal pagi dan tidak ramai sangat orang yang kelihatan mengunjungi hutan lipur ini. Mungkin kerana hari ini bukan hari cuti. Itu sahaja sebab yang paling munasabah yang dapat aku fikirkan.

Ada trek jalan kaki disediakan di sini dan aku tidak tahu sejauh mana trek tersebut. Aku tidak berjalan jauh. Mungkin kurang lebih 50 meter sahaja.

Terdapat juga kemudahan bagi yang mahu berkelah di sini. Beberapa pondok dan kemudahan untuk ber-BBQ melengkapkan tempat ini sebagai lokasi yang menarik untuk dikunjungi pada hujung minggu.

Aku tidak lama di sini. Setelah dapat gambar-gambar yang aku inginkan, aku terus pulang. Kali ini aku hanya keseorangan ke sini. InsyaAllah akan datang, aku akan berdua pula ke sini dan pada kali itu aku mungkin akan mengambil masa yang lebih lama untuk menyelongkar alam di Hutan Lipur Sungai Tekala.

Sebelum terlupa, ada satu pesanan kepada yang akan mengunjungi atau yang sudah mengunjungi tempat ini, jagalah kebersihan dan buanglah sampah terutama plastik di tong sampah yang telah disediakan. Aku agak kecewa kerana melihat plastik-plastik yang mengalir bersama air atau tersangkut di akar-akar pokok.

Alam boleh hidup tanpa kita, tetapi kita tidak boleh hidup tanpa alam.

Sungai-Tekala-6

Sungai-Tekala-1

Sungai-Tekala-2

Sungai-Tekala-3

Sungai-Tekala-4

Sungai-Tekala-5

 

Semua gambar dirakam menggunakan kamera DSLR CAnon EOS 650D.

Sekian.

 

Written by lensamassa

March 1, 2013 at 4:45 am

Masjid Putra (Putra Mosque)

leave a comment »


Masjid-Putraf/20 | 50.7 sec | ISO-100 | 18mm + ND Filter + CS3

IMG_0977Gambar sebuah jambatan yang dirakam dari Masjid Putra, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Malaysia.

Wisma-PutraWisma Putra, pejabat rasmi Perdana Menteri Malaysia yang juga merupakan nadi pentadbiran negara.

Photos taken using EOS 650D

Sekian.

Written by lensamassa

February 28, 2013 at 4:52 pm

Burung Tiung Mandi Pagi

leave a comment »


Burung Tiung Mandi Pagi

Ketika hujan lebat di suatu pagi. Aku berlegar di hadapan rumah merasakan kenyamanan hujan pagi. Sedikit-sedikit percik air mengena pada tubuhku menjadikan aku rasa sejuk. Aku sudah mandi tetapi tetap merasakan kesejukkan hujan pagi. Bagaimana burung tiung itu? Kuyup dibasahi air hujan yang sejuk. Tentu dia bersyukur dengan nikmat itu.

Written by lensamassa

February 26, 2013 at 4:18 pm

Perkakas Menjahit

leave a comment »


Perkakas Menjahit

Written by lensamassa

February 26, 2013 at 4:11 pm

The Lines And Stars

leave a comment »


The-Lines-1

The-Lines

Written by lensamassa

February 25, 2013 at 4:49 pm

Ronda-ronda Di Pekan Sehari Temerloh

leave a comment »


Setiap pagi hari Ahad, serata pelusuk masyarakat yang tinggal di sekitar daerah Temerloh, Pahang akan ke bandar Temerloh untuk membeli-belah, mencuci mata dan pelbagai lagi di Pekan Sehari Temerloh. Tidak pasti umur pekan sehari ini tetapi pastinya sudah beberapa kurun ia telah wujud. Mungkin juga telah seabad umurnya.

Pelbagai barang boleh didapati di sini dari hasil di sungai hinggalah ke hasil di darat. Sayur-sayuran tradisional atau lebih sinonim dengan gelaran “sayur kampung” tentulah menjadi barang yang popular untuk di cari di sini. Selain itu, pekan sehari ini juga merupakan lokasi yang utama untuk mencari hasil sungai yang terdiri dari pelbagai jenis ikan air tawar.

Baru ini aku bersama keluarga pergi ke pekan sehari ini. Ini bukanlah kali pertama aku ke sini. Jika dikira sejak aku kecil, sudah tentu tiada angka yang tepat dapat aku berikan. Namun terus terang aku katakan, pekan sehari ini boleh sahaja aku katakan ia paling terbaik di Pahang. Jika ada lagi yang lebih terbaik, mana-mana warga Pahang boleh betulkan pendapat aku ini.

Beberapa keping gambar sempat aku rakam dalam kesibukan meneman isteri mencari barang untuk di bawa pulang ke Kajang. Kami berdua sememangnya asal dari sini dan selera pun sama. Jadi, banyak barang yang akan dibeli jika berkunjung ke pekan sehari ini.

Jika punya peluang dan ruang, silalah berkunjung ke Pekan Sehari Temerloh. Anda semua tidak akan mengatakan ia satu kerugian jika berkunjung ke sini.

Pekan-Sehari-TemerlohSeawal pagi lagi masyarakat di sekitar Temerloh akan keluar ke pekan sehari untuk membeli pelbagai jenis barang terutama sayur tradisional dan juga hasil sungai serta kuih-muih.

Penjual-DagingSeorang penjual daging segar kelihatan sedang memotong daging sebelum ditimbang dan dijual. Harga daging di sini adalah berpatutan dan dijamin kesegarannya.

Rambai Kelihatan seorang mak cik dengan longgokan buah rambai bersama dengan hasil pertanian tradisional yang lain. Buah rambai adalah sejenis buah yang bermusim dan sukar ditemui masa kini. Kulit buah rambai yang dikeringkan juga sedap dimasak lemak.

Sayur-MelayuJering dan kerdas adalah ulaman tradisional Melayu yang agak terkenal di daerah Temerloh.

Apam-BalikKelihatan seorang penjual apam balik sedang mengisi produk jualannya itu ke dalam plastik sebelum diserahkan kepada pembeli.

Kuih-NeramKelihatan seorang penjual kuih neram sedang mengisi produk jualannya itu ke dalam plastik sebelum diserahkan kepada pembeli. Kuih neram merupakan sejenis kuih tradisional Melayu yang agak terkenal di Malaysia.

Sekian.

Written by lensamassa

February 25, 2013 at 4:34 pm