lensamassa

Merakam Segenap Babak Dalam Masyarakat Dan Kehidupan

Posts Tagged ‘Alam

Pantai Chedoq, Rompin

leave a comment »


Pantai Chedoq #1

Pantai Chedoq #3

Advertisements

Written by lensamassa

June 14, 2013 at 1:58 am

Sungai Tekala (Tekala River)

leave a comment »


Sungai Tekala merupakan salah sebuah hutan lipur yang terletak di Semenyih, Kajang, Selangor. Ini kali pertama kali aku ke sini.

Tempatnya agak menarik dan tenang. Hanya bunyi air menghempas sahaja yang kedengaran. Aku ke sana di awal pagi dan tidak ramai sangat orang yang kelihatan mengunjungi hutan lipur ini. Mungkin kerana hari ini bukan hari cuti. Itu sahaja sebab yang paling munasabah yang dapat aku fikirkan.

Ada trek jalan kaki disediakan di sini dan aku tidak tahu sejauh mana trek tersebut. Aku tidak berjalan jauh. Mungkin kurang lebih 50 meter sahaja.

Terdapat juga kemudahan bagi yang mahu berkelah di sini. Beberapa pondok dan kemudahan untuk ber-BBQ melengkapkan tempat ini sebagai lokasi yang menarik untuk dikunjungi pada hujung minggu.

Aku tidak lama di sini. Setelah dapat gambar-gambar yang aku inginkan, aku terus pulang. Kali ini aku hanya keseorangan ke sini. InsyaAllah akan datang, aku akan berdua pula ke sini dan pada kali itu aku mungkin akan mengambil masa yang lebih lama untuk menyelongkar alam di Hutan Lipur Sungai Tekala.

Sebelum terlupa, ada satu pesanan kepada yang akan mengunjungi atau yang sudah mengunjungi tempat ini, jagalah kebersihan dan buanglah sampah terutama plastik di tong sampah yang telah disediakan. Aku agak kecewa kerana melihat plastik-plastik yang mengalir bersama air atau tersangkut di akar-akar pokok.

Alam boleh hidup tanpa kita, tetapi kita tidak boleh hidup tanpa alam.

Sungai-Tekala-6

Sungai-Tekala-1

Sungai-Tekala-2

Sungai-Tekala-3

Sungai-Tekala-4

Sungai-Tekala-5

 

Semua gambar dirakam menggunakan kamera DSLR CAnon EOS 650D.

Sekian.

 

Written by lensamassa

March 1, 2013 at 4:45 am

leave a comment »


Tanah Tinggi Cameron

 

Tanah Tinggi Cameron

 

Tanah Tinggi Cameron

 

Tanah Tinggi Cameron

Written by lensamassa

October 31, 2012 at 4:39 am

Sepetang Di Mentakab

leave a comment »


Inilah kesempatan yang berguna ketika cuti Tahun Baru Cina 2012 baru-baru ini. Memburu matahari terbenam dengan beberapa orang kawan telah membuahkan kekecewaan kerana matahari terbenam menyorok di balik awan senja.

Namun, sempat juga belajar dan bersembang dengan kawan-kawan tentang pelbagai perkara seperti ilmu tentang DSLR dan ada juga tentang agama. Sambil gelak-gelak hari sudah semakin gelap dan kami mengundurkan diri untuk ke masjid bagi menunaikan sembahyang Maghrib di masjid Bandar Mentakab.

Inilah beberapa gambar yang dapat dirakam.

Sekian. 🙂

Written by lensamassa

January 24, 2012 at 11:14 am

Posted in Lensa Alam

Tagged with , , , , ,

Sang Burung

leave a comment »


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Lensamassa pulang ke kampung baru-baru ini sempena cuti Hari Krismas yang menjadikan cuti hujung minggu bertambah satu hari iaitu Sabtu, Ahad dan Isnin.

Di halaman rumah emak, sempat Lensamassa merakam gambar burung yang dulu Lensamassa akan kejar dan lastik tetapi kini begitu bermakna untuk diabadikan dalam bentuk foto.

Lensamassa sudah lupa akan nama burung yang comel ini. Sangat lincah berterbangan.

Sekian. 🙂

Written by lensamassa

December 26, 2011 at 10:02 am

Posted in Lensa Alam

Tagged with , ,

Bukit Emas

with 2 comments


Assalamualaikum.

Baru-baru ini Lensamassa pulang ke kampung dan kawan mengajak untuk merakam gambar di sebuah bukit yang bernama Bukit Emas yang terletak di pinggir Bandar Triang, Bera, Pahang.

Tempatnya agak menarik cuma agak di pedalaman. Ada kawan Lensamassa yang menjadi model secara sukarela. Gambar-gambar yang telah dirakam boleh dilihat di bawah.

Sekian 🙂

Written by lensamassa

December 11, 2011 at 2:53 pm

Mendaki Bukit Broga

leave a comment »


4hb Disember 2011

Sekian. 🙂

Written by lensamassa

December 4, 2011 at 3:01 pm