lensamassa

Merakam Segenap Babak Dalam Masyarakat Dan Kehidupan

Posts Tagged ‘Bunga

Hiasan Kaki Lima

leave a comment »


IMG_5960

IMG_5961

IMG_5962

Written by lensamassa

November 11, 2013 at 8:34 am

Apakah Nama Bunga Ini?

leave a comment »


Bunga-1

Bunga-2

 

Kepada sesiapa yang tahu nama bunga ini, mohon kongsikan di sini.

Kedua-dua gambar dirakam menggunakan kamera DSLR Canon EOS 650D + lens 50mm.

Lokasi gambar: Kelab Tasik Putrajaya, Putrajaya, Malaysia.

Written by lensamassa

March 3, 2013 at 11:13 am

My Lovely Black And White

leave a comment »


IMG_0735

IMG_0742

 

Both Photos Taken using EOS 650D + EF 50mm

 

Written by lensamassa

February 20, 2013 at 4:13 pm

Bunga Ungu Merah Jambu

leave a comment »


Bunga Ungu Merah Jambu

Melihat bunga yang cantik bagai satu terapi kepada minda lalu akal fikiran kan menjadi tenang. Sudah tentu tambah menenangkan jika bunga yang cantik ini kembang mekar di halaman rumah bondaku.

Written by lensamassa

February 12, 2013 at 4:25 pm

Teratai Di Tasik Cempaka

leave a comment »


Hari ini aku bercuti kerana ada beberapa urusan yang perlu diselesaikan. Walaupun bercuti, aku tetap keluar awal untuk menghantar isteri aku yang bekerja. Dia cemburu kerana aku bercuti. Dia tidak menyatakannya, cuma dilihat diraut wajah dan kata-kata yang kadang seolah menyindirku.

“Mana aci abang cuti,” sambil muncung dia berkata kepada aku.

Aku hanya mampu senyum. Aku bercuti bukan untuk berjoli sana sini. Aku bercuti kerana ada urusan.

“Abang cuti sebab ada hal,” jawabku mudah lalu menghilangkan wajah yang tadi muncung kepadaku.

Selepas menghantar isteriku dan sebelum berhadapan dengan urusan yang tidaklah berat sebenarnya, sempat aku singgah di Tasik Cempaka yang terletak di Bandar Baru Bangi berhampiran kompleks PKNS. Waktu pagi yang nyaman dengan awan kelihatan mendung, tidak ramai yang berjogging pada pagi ini.

Sudah tentu tujuan aku bukanlah untuk berjogging. Aku hanya ingin merakam gambar di sini. Harap-harap ada subjek yang menarik untuk dirakam.

“Banyaknya sampah dalam tasik ini,” hati aku mengeluh dan agak membentak. Ya, aku sememang tidak suka melihat alam yang tercemar.

“Bukan apa, kita sebagai manusia mana mungkin boleh hidup tanpa alam ini dan sepatutnya kita menjaga serta menyayanginya,” terlintas di fikiran aku saranan ini.

Walaupun tasik ini tercemar dan airnya agak kehitaman, namun aku terlihat sesuatu yang cantik terapung di atas permukaan tasik. Aku tidak sangka air tasik yang kehitaman itu boleh menjadi habitat hidupan secantik itu.

“wah, cantiknya teratai itu,” hati aku berkata memuji.

Aku terus merakam beberapa keping gambar bunga teratai tersebut menggunakan kamera DSLR berjenama Canon milikku. Setelah puas merakam gambar teratai itu, aku berjalan di sekitar tasik.

Masa agak mencemburui kerana aku ada urusan yang perlu diselesaikan. Aku harap akan datang kembali ke tasik ini untuk merakam banyak lagi gambar teratai.

“Selamat tinggal pagi di Tasik Cempaka,” ucapku sambil berpergian.

Teratai Di Tasik HitamJadilah seperti teratai, walaupun air yang menjadi habitatnya hitam tetapi ia tetap mengeluarkan bunga yang cantik.

Written by lensamassa

February 5, 2013 at 3:10 pm

Laman Bonda Lagi

leave a comment »


Assalamualaikum.

Baru-baru ini saya bercuti panjang untuk ke Utara dan sebelum itu saya pulang ke kampung dulu. Seperti kebiasaan, sempat juga saya merakam gambar sekeliling rumah emak saya dan inilah hasilnya.

Laman Bonda LagiLaman Bonda LagiLaman Bonda LagiSekian. 🙂

Written by lensamassa

October 9, 2011 at 8:53 am

Bunga Lagi

leave a comment »


Assalamualaikum.

Saya sekarang berada di kampung. 1 perkara yang saya selalu lakukan apabila pulang ke kampung ialah merakam gambar bunga yang ada di sekitar rumah emak saya. Emak dan adalah seorang penggemar bunga dan pelbagai jenis pokok bunga ada. Kadang-kadang saya lihat seperti nursery pula. Kawan-kawan dan saudara mara ada yang datang rumah emak untuk minta benih bunga.

Saya punya 1 deria yang menjadikan saya suka untuk melihat bunga. Mungkin ini mewarisi sifat emak saya. Mungkin juga suatu hari nanti saya akan mempunya 1 nursery sendiri di laman rumah saya sendiri.

Sampai di sini sahaja coretan saya. SIlalah lihat gambra yang saya kongsikan ini.

Sekian. 🙂

Written by lensamassa

September 17, 2011 at 2:58 am