lensamassa

Merakam Segenap Babak Dalam Masyarakat Dan Kehidupan

Posts Tagged ‘Burung

Burungan bertenggek

leave a comment »


Pokok mati dan burungan copy

 

Tiada pohon buat berteduh, pohon mati dijadikan tempat bertenggek. Biar dimamah mentari, mendung datang terbang siap mencari pelindung diri. Yang setia kuyup bersama, esok masih sama.

Advertisements

Written by lensamassa

October 30, 2013 at 4:50 pm

Burung Tiung Mandi Pagi

leave a comment »


Burung Tiung Mandi Pagi

Ketika hujan lebat di suatu pagi. Aku berlegar di hadapan rumah merasakan kenyamanan hujan pagi. Sedikit-sedikit percik air mengena pada tubuhku menjadikan aku rasa sejuk. Aku sudah mandi tetapi tetap merasakan kesejukkan hujan pagi. Bagaimana burung tiung itu? Kuyup dibasahi air hujan yang sejuk. Tentu dia bersyukur dengan nikmat itu.

Written by lensamassa

February 26, 2013 at 4:18 pm

Sang Burung

leave a comment »


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Lensamassa pulang ke kampung baru-baru ini sempena cuti Hari Krismas yang menjadikan cuti hujung minggu bertambah satu hari iaitu Sabtu, Ahad dan Isnin.

Di halaman rumah emak, sempat Lensamassa merakam gambar burung yang dulu Lensamassa akan kejar dan lastik tetapi kini begitu bermakna untuk diabadikan dalam bentuk foto.

Lensamassa sudah lupa akan nama burung yang comel ini. Sangat lincah berterbangan.

Sekian. 🙂

Written by lensamassa

December 26, 2011 at 10:02 am

Posted in Lensa Alam

Tagged with , ,

Murai

leave a comment »


Assalamualaikum.

Burung murai ini merupakan burung yang agak terkenal namanya kerana terdapat iklan Hari Raya Aidilfitri yang berkaitan dengan burung ini. Namun, saya tidak mengingati burung ini kerana iklan itu, tetapi kerana ia banyak di sekeliling rumah emak saya di kampung.

Tiap-tiap pagi burung murai ini akan berbunyi kecoh di atas pokok di tepi rumah berhampiran bilik saya. Masa itu emak saya mesti akan masuk ke bilik saya dan berkata ” Burung murai tu tegur kamu. Dia suruh bangun tidur”. Kebiasaannya emak saya akan berteriak dalam nada yang agak kuat ” Atan dah bangun! “. Kemudian burung murai itu terus berhenti berbunyi dan terbang pergi. Pelik sungguh saya. Emak senyum bersahaja.

Sekadar makluman, gambar burung murai ini saya ambil di sekitar tempat kerja saya dan bukan di rumah emak saya.

Sekian. 🙂

Written by lensamassa

June 14, 2011 at 10:35 am

Posted in Fotojurnalisme, Lensa Alam

Tagged with ,