lensamassa

Merakam Segenap Babak Dalam Masyarakat Dan Kehidupan

Posts Tagged ‘Cantik

Hiasan Kaki Lima

leave a comment »


IMG_5960

IMG_5961

IMG_5962

Written by lensamassa

November 11, 2013 at 8:34 am

Pantai Chedoq, Rompin

leave a comment »


Pantai Chedoq #1

Pantai Chedoq #3

Written by lensamassa

June 14, 2013 at 1:58 am

Apakah Nama Bunga Ini?

leave a comment »


Bunga-1

Bunga-2

 

Kepada sesiapa yang tahu nama bunga ini, mohon kongsikan di sini.

Kedua-dua gambar dirakam menggunakan kamera DSLR Canon EOS 650D + lens 50mm.

Lokasi gambar: Kelab Tasik Putrajaya, Putrajaya, Malaysia.

Written by lensamassa

March 3, 2013 at 11:13 am

Melihat Seni Bangunan Di Putrajaya

leave a comment »


Putrajaya

Putrajaya-1

Sesiapa yang pernah ke Putrajaya sudah tentu akan setuju jika aku katakan seni binaan bangunan di Putrajaya adalah cantik. Aku setuju dengan seni binaannya, tetapi tidak pada pembazirannya. Namun aku bukanlah pakar dalam menerangkan motif-motif seni binaan ini. Bangunan yang aku telah rakam gambarnya ini berhampiran dengan Masjid Sultan Zainal Abidin.

Written by lensamassa

February 13, 2013 at 2:54 pm

Bunga Ungu Merah Jambu

leave a comment »


Bunga Ungu Merah Jambu

Melihat bunga yang cantik bagai satu terapi kepada minda lalu akal fikiran kan menjadi tenang. Sudah tentu tambah menenangkan jika bunga yang cantik ini kembang mekar di halaman rumah bondaku.

Written by lensamassa

February 12, 2013 at 4:25 pm

Teratai Di Tasik Cempaka

leave a comment »


Hari ini aku bercuti kerana ada beberapa urusan yang perlu diselesaikan. Walaupun bercuti, aku tetap keluar awal untuk menghantar isteri aku yang bekerja. Dia cemburu kerana aku bercuti. Dia tidak menyatakannya, cuma dilihat diraut wajah dan kata-kata yang kadang seolah menyindirku.

“Mana aci abang cuti,” sambil muncung dia berkata kepada aku.

Aku hanya mampu senyum. Aku bercuti bukan untuk berjoli sana sini. Aku bercuti kerana ada urusan.

“Abang cuti sebab ada hal,” jawabku mudah lalu menghilangkan wajah yang tadi muncung kepadaku.

Selepas menghantar isteriku dan sebelum berhadapan dengan urusan yang tidaklah berat sebenarnya, sempat aku singgah di Tasik Cempaka yang terletak di Bandar Baru Bangi berhampiran kompleks PKNS. Waktu pagi yang nyaman dengan awan kelihatan mendung, tidak ramai yang berjogging pada pagi ini.

Sudah tentu tujuan aku bukanlah untuk berjogging. Aku hanya ingin merakam gambar di sini. Harap-harap ada subjek yang menarik untuk dirakam.

“Banyaknya sampah dalam tasik ini,” hati aku mengeluh dan agak membentak. Ya, aku sememang tidak suka melihat alam yang tercemar.

“Bukan apa, kita sebagai manusia mana mungkin boleh hidup tanpa alam ini dan sepatutnya kita menjaga serta menyayanginya,” terlintas di fikiran aku saranan ini.

Walaupun tasik ini tercemar dan airnya agak kehitaman, namun aku terlihat sesuatu yang cantik terapung di atas permukaan tasik. Aku tidak sangka air tasik yang kehitaman itu boleh menjadi habitat hidupan secantik itu.

“wah, cantiknya teratai itu,” hati aku berkata memuji.

Aku terus merakam beberapa keping gambar bunga teratai tersebut menggunakan kamera DSLR berjenama Canon milikku. Setelah puas merakam gambar teratai itu, aku berjalan di sekitar tasik.

Masa agak mencemburui kerana aku ada urusan yang perlu diselesaikan. Aku harap akan datang kembali ke tasik ini untuk merakam banyak lagi gambar teratai.

“Selamat tinggal pagi di Tasik Cempaka,” ucapku sambil berpergian.

Teratai Di Tasik HitamJadilah seperti teratai, walaupun air yang menjadi habitatnya hitam tetapi ia tetap mengeluarkan bunga yang cantik.

Written by lensamassa

February 5, 2013 at 3:10 pm

leave a comment »


Tanah Tinggi Cameron

 

Tanah Tinggi Cameron

 

Tanah Tinggi Cameron

 

Tanah Tinggi Cameron

Written by lensamassa

October 31, 2012 at 4:39 am