lensamassa

Merakam Segenap Babak Dalam Masyarakat Dan Kehidupan

Posts Tagged ‘Jurnalisme

Mandi sebelum berkhatan

leave a comment »


Upacara Berkhatan

 

Memandikan kanak-kanak yang akan dikhatankan oleh anggota bomba dengan menggunakan hos bagai sudah menjadi satu budaya di Malaysia ini. Suatu masa dahulu budaya itu adalah membawa kanak-kanak mandi di sungai atau perigi. Tidak dinafikan kanak-kanak memang teruja dan seronok dengan upacara ini.

Lokasi: Masjid Al-Hidayah, Kampung Perepat, Kuala Rompin, Pahang.

Advertisements

Written by lensamassa

November 28, 2013 at 2:12 pm

Burungan bertenggek

leave a comment »


Pokok mati dan burungan copy

 

Tiada pohon buat berteduh, pohon mati dijadikan tempat bertenggek. Biar dimamah mentari, mendung datang terbang siap mencari pelindung diri. Yang setia kuyup bersama, esok masih sama.

Written by lensamassa

October 30, 2013 at 4:50 pm

leave a comment »


Tanah Tinggi Cameron

 

Tanah Tinggi Cameron

 

Tanah Tinggi Cameron

 

Tanah Tinggi Cameron

Written by lensamassa

October 31, 2012 at 4:39 am

MATC PKR Cabang Temerloh

with 4 comments


Assalamualaikum.

Saya mendapat jemputan untuk hadir ke MATC PKR Cabang Temerloh yang diadakan di SRA al-Mukmin, Temerloh, Pahang pada 2 Oktober 2011. Saya hadir bukanlah sebagai ahli tetapi sebagai memenuhi undangan dan melihat sendiri bagaimana perjalanan MATC yang diadakan ini.

Namun, saya pulang awal kerana kawan yang mengikuti saya ada hal yang perlu diselesaikan. Oleh itu, gambar tidak dapat saya rakam hingga ke akhir majlis.

Sedikit ulasan saya. Saya yakin dengan kemampuan parti ini bersama Pakatan Rakyat untuk menerajui Malaysia pada masa akan datang. Mungkin ada sedikit kekurangan dan tidak kurang juga kelebihan. Itu semua perlu dikaji secara mendalam dan dilakukan penambahbaikan dan pembaharuan. Saya suka parti ini kerana ia terdiri dari pelbagai kaum. Saya harap apabila parti ini sudah berjaya, ia tidak akan menjadi seperti parti pemerintah sekarang yang banyak mengangkat golongan elit atau bangsawan serta kroni.

Tidak perlulah saya ceritakan dengan panjang lebar mengenai MATC PKR Cabang Temerloh ini. Cukuplah sekadar gambar yang sempat saya rakam ini menceritakan segalanya.

Sekian. 🙂

Written by lensamassa

October 9, 2011 at 9:52 am

Forum: Mat Indera – Pejuang Atau Pengkhianat Kemerdekaan

leave a comment »


Assalamualaikum.

Rabu, 7 September 2011, jam 8.15 malam di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur, telah diadakan sebuah forum yang bertajuk “Mat Indera – Pejuang Atau Pengkhianat Kemerdekaan”. Saya telah menghadiri forum ini atas dasar ingin tahu saya tentang isu ini. Forum ini telah dihadiri oleh 3 panel jemputan iaitu Tuan Haji Mat Sabu, Prof. Aziz Bari dan sdr. Hishamuddin Rais. Kehadiran audien sangat menggalakkan hingga dewan yang menjadi lokasi forum berasak dengan dengan manusia dan kerusi tidak mencukupi hingga ada yang duduk bersila. Saya tidak mahu mengulas panjang tentang forum ini. Saya cuma mahu berkongsi gambar yang dapat saya rakam. Namun, sebenarnya saya agak kecewa kerana tidak dapat merakam gambar ketika forum sedang berlangsung. Ini adalah disebabkan keadaan dalam dewan yang sesak dan menyukarkan pergerakan. Gambar yang dapat dirakam oleh saya hanya selepas forum tamat.

Sekian. 🙂

Forum Reformasi Pilihanraya Pemurnian Demokrasi

with 2 comments


Assalamualaikum.

Selamat berpuasa kepada semua di hari ke-13 Ramadhan. Hari ini saya berkelapangan untuk menghadirkan diri di Forum Reformasi Pilihanraya Pemurnian Demokrasi anjuran Grup Peguam ABIM (GPA) dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) yang bertempat di Kolej Dar al-Hikmah, Sungai Ramal Dalam, Kajang. Antara yang menjadi panel ialah YB Datuk Saifuddin Abdullah (Timb. Menteri Pengajian Tinggi), Prof. Dr. Redzuan Othman (Dekan Fakulti Sastera & Sains Sosial, UM) dan Wan Firdaus Wan Mohd Fuaad (Pengarah IDEAS). Forum ini pada saya sangat menarik dengan keterbukaan ahli-ahli panel dan para peserta dalam membincangkan demokrasi pilihanraya dalam konteks negara Malaysia.

Sekian. 🙂

Written by lensamassa

August 13, 2011 at 7:30 am

EO6 + Teoh Beng Hock + Sarbani

leave a comment »


Assalamualaikum.

Malam semalam saya sempat singgah di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur untuk melihat EO6 (gelaran simbolik bagi 6 orang yang ditangkap di bawah Ordinan Darurat) yang telah dibebaskan lebih kurang jam 5 petang semalam (Jumaat, 29 Julai 2011). Selain itu, sebilangan aktivis memang sudah merancang untuk mengadakan majlis nyalaan lilin sebagai simbolik menuntut keadilan bagi Teoh Beng Hock dan Sarbani yang kedua-duanya mati dalam keadaan misteri yang belum terhurai puncanya. Kedua-dua mangsa ini mati disyaki ada kaitan dengan SPRM. Moga dua mangsa ini akan mendapat keadilan yang sepatutnya. Inilah beberapa gambar yang dapat saya rakam sewaktu di sana.

Sekian. 🙂

Written by lensamassa

July 30, 2011 at 11:12 am