lensamassa

Merakam Segenap Babak Dalam Masyarakat Dan Kehidupan

Posts Tagged ‘Senja

Pantai Chedoq, Rompin

leave a comment »


Pantai Chedoq #1

Pantai Chedoq #3

Written by lensamassa

June 14, 2013 at 1:58 am

Sepetang Di Mentakab

leave a comment »


Inilah kesempatan yang berguna ketika cuti Tahun Baru Cina 2012 baru-baru ini. Memburu matahari terbenam dengan beberapa orang kawan telah membuahkan kekecewaan kerana matahari terbenam menyorok di balik awan senja.

Namun, sempat juga belajar dan bersembang dengan kawan-kawan tentang pelbagai perkara seperti ilmu tentang DSLR dan ada juga tentang agama. Sambil gelak-gelak hari sudah semakin gelap dan kami mengundurkan diri untuk ke masjid bagi menunaikan sembahyang Maghrib di masjid Bandar Mentakab.

Inilah beberapa gambar yang dapat dirakam.

Sekian. 🙂

Written by lensamassa

January 24, 2012 at 11:14 am

Posted in Lensa Alam

Tagged with , , , , ,

Membelah Langit Senja

leave a comment »


Subhanallah, inilah keindahan senja yang aku dapat lihat di kala sedang memandu menuju ke kampung halamanku.

Mata aku tiba-tiba tertarik dengan keajaiban alam ini. Aku tidak pasti adakah orang lain yang melalui kawasan ini juga perasan akan kejadian ini.

Langit senja yang terbelah ini begitu indah bagiku. Sangat indah dan pada firasat aku mungkin kemudian ini aku tidak akan ketemunya lagi.

Pantas telefon bimbit jenama Balckberry ku capai dan ku rakam detik indah ini.

Setelah aku rakam, aku melihat imej yang terakam dalam telefon bimbit ku ini dengan rasa pegun dan wajah yang tersenyum.

Ya, aku rasa terpegun. Anda bagaimana?

Blackberry

Written by lensamassa

December 13, 2011 at 4:09 pm

Posted in Lensa Alam

Tagged with , , ,

Bunga Lagi

leave a comment »


Assalamualaikum.

Saya sekarang berada di kampung. 1 perkara yang saya selalu lakukan apabila pulang ke kampung ialah merakam gambar bunga yang ada di sekitar rumah emak saya. Emak dan adalah seorang penggemar bunga dan pelbagai jenis pokok bunga ada. Kadang-kadang saya lihat seperti nursery pula. Kawan-kawan dan saudara mara ada yang datang rumah emak untuk minta benih bunga.

Saya punya 1 deria yang menjadikan saya suka untuk melihat bunga. Mungkin ini mewarisi sifat emak saya. Mungkin juga suatu hari nanti saya akan mempunya 1 nursery sendiri di laman rumah saya sendiri.

Sampai di sini sahaja coretan saya. SIlalah lihat gambra yang saya kongsikan ini.

Sekian. 🙂

Written by lensamassa

September 17, 2011 at 2:58 am

Senja Di Puncak Bukit Intan

leave a comment »


Assalamualaikum.

Semalam, petang hari Jumaat yang bertarikh 1 Julai 2011, saya telah berjaya mendaki sebuah bukit yang berhampiran taman perumahan tempat saya menyewa rumah ini. Hampir setiap hari saya memerhatikan bukit itu kerana saya akan melalui jalan yang berhampiran dengannya dan akhirnya tercapai juga hasrat saya untuk menakluk puncaknya.

Cerita mengenai puncak bukit itu saya telah rakam dan saya kongsikan gambarnya di post ini.

Tujuan asal saya mendaki Bukit Intan ini adalah untuk merakam gambar matahari terbenam. Namun akhirnya ia ditutupi awan.

Untuk pengetahuan semua, nama “Bukit Intan” ini adalah ciptaan saya. Saya sebenarnya tidak mengetahui bukit ini punya nama atau tidak. Oleh sebab bukit ini lokasinya di taman perumahan yang bernama Sri Intan, jadi saya namakan Bukit Intan.

Kepada sesiapa yang berminat untuk cuba mendaki, bolehlah hubungi saya melalui blog ini atau facebook saya https://www.facebook.com/inderasegara. Segala risiko dan kemungkinan adalah tanggungjawab sendiri.

Sekian. 🙂

Written by lensamassa

July 2, 2011 at 3:08 am

Posted in Lensa Alam

Tagged with , ,

Matahari Terbenam – Waktu Keemasan

leave a comment »


Assalamualaikum.

Sudah agak lama saya menantikan saat-saat matahari tebenam dalam waktu keemasan. Waktu ini kelihatan matahari terbenam memang cantik. Tidak saya sangka, waktu pulang dari bermain badminton petang tadi, mata saya terpukau dengan waktu keemasan matahari terbenam. Kebetulan juga kamera DSLR saya bawa bersama. Jadi peluang ini tidak akan saya lepaskan.

Saya agak lambat untuk mencari tempat yang sesuai untuk meletakkan kereta di tepi jalan. Ketika saya mendapat lokasi untuk merakam gambar, babak keemasan matahari terbenam itu sudah agak terlewat kerana ia sudah kelihatan agak kecil berbanding yang saya lihat ketika berada dalam kereta. Walaubagaimanapun, babak itu tetap saya rakam untuk simpanan dan untuk dikongsi dengan anda semua.

Sekian. 🙂

Written by lensamassa

June 29, 2011 at 3:04 pm

Posted in Lensa Alam

Tagged with ,

Kala Hujan Bersama Bonda

leave a comment »


Assalamualaikum.

Tiba-tiba rajin pula diri ini untuk menaip dan memuatnaik gambar di waktu petang sebegini. Gambar ini saya rakam ketika tengah bersembang dengan emak saya sewaktu hujan sedang lebat mencurah-curah. Ya, hujan di kampung memberi perasaan yang berlainan dengan hujan di bandar. Begitu sejuk dan nyaman. Daun-daun kelihatan segar dan hijau. Lagi-lagi dapat bersama dengan emak yang tersayang. Anda semua akan tahu jika melalui sendiri saat-saat yang saya lalui.

Sekian. 🙂

Written by lensamassa

June 25, 2011 at 10:23 am

Posted in Lensa Alam

Tagged with , , ,